iBES.ilkkmsb.edu.my : Permulaan yang Hebat

Bismillahirrahmaanirrahim

1. Mac 2020 adalah tarikh yang menjadi turning point dalam Pengajaran dan Pembelajaran di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia, Sungai Buloh, Selangor, MALAYSIA. Arahan mengosongkan bangunan asrama telah dikeluarkan, menyebabkan semua pelatih diarahkan pulang bagi persiapan arahan Peraturan Kawalan Pergerakan 1.0. (PKP)

2. Pelatih dan Pengajar dilarang untuk berada dikawasan Kolej bagi mematuhi arahan kerajaan ini. Arahan ini telah menyebabkan sesi Pengajaran dan Pembelajaran ditangguhkan. Selama ini sesi hanya diadakan secara bersemuka iaitu bermula jam 8 pagi sehingga 6 petang, dari Isnin hingga Jumaat.

3. Menyedari halangan ini, banyak cadangan dan kajian dijalankan untuk mengimbangi semula sesi pengajaran yang dilihat tergantung. Kaedah pembelajaran Hybrid diperkenalkan. Garis panduan juga disediakan oleh Bahagian Pengurusan Latihan, Putrajaya. Penggunaan teknologi di terokai dan penyesuaian perlu dilakukan dengan segera.

4. Borang soal selidik diedar kepada Pelatih dan Pengajar, data-data ini dikumpulkan dan dianalisa oleh kumpulan Pengajar secara sukarela yang tampil kedepan. Hasil dapatan kajian dikongsikan dalam siri bengkel khas. Bukan sahaja membentangkan nombor dan rajah, slot perkongsian penggunaan perisian dalam talian juga disampaikan. Semua bersemangat berkongsi. Ini satu kelebihan yang ada pada institut ini. Saya perlu akui.

5. Saya masih ingat, ada yang berkongsi cara mengendalikan google meet, overview of hybrid learning, cara menggunakan youtube, cisco webex, zoom, google classroom dan banyak lagi. Pengajar-pengajar ini tampil untuk berkongsi tips dan langkah untuk kepelbagaian bagi memastikan sistem pembelajaran dapat berjalan.

6. Satu semester berlalu (Julai- Disember 2020), ILKKM Sg Buloh menggunakan Google Classroom sebagai LMS utama kebanyakannya (baca semua program). Dari class management, penyampaian kuliah, ujian pertengahan semeter hingga ke ujian akhir semester. Kami menanda kertas jawapan pelatih juga menggunakan kaedah DOCHUB (stamping)

7. Tahun baru, azam baru, tekad baru, budaya baru, kami tekad bersatu, untuk melangkah setapak lagi dengan mengambil model universiti, politeknik, IPTA dan IPTS, pusat pegajian dalam dan luar negara, maka kami membuat kertas cadangan kepada pengurusan untuk memperkenalkan iBES.

8. iBES di wujudkan pada awal dengan berkongsi hosting (shared hosting) dengan menggunakan domain sendiri iaitu ilkkmsb.edu.my. Alhamdulillah dipermudahkan untuk mendapatkan domain edu.my ini juga mempunyai cerita tersendiri. Setelah dicuba hampir sebulan, shared hosting mempunyai halangan bila ramai user serentak. Menjadi perlahan, kami mula resah dan mahu terus mengatasi.

9. Kami membuat keputusan setelah berbincang dengan pegurusan, maka direstukan kaedah sistem wakaf/ sumbangan diperkenalkan. Kami mensasarkan mempunyai server yang tersendiri (dedicated server) yang kami tahu kos agak tinggi mencecah 10k-15k untuk sewaan setahun. Kami bulatkan kata, berserah dan memberi kefahaman kepada semua Pengajar dan Pelatih mengenai keperluan untuk melanggan dedicated server ini.

10. Awal januari 2021, kami dengan rasa bangganya, hasil kerjasama sokongan yang mantap dari semua pihak bermula Pengurusan Tertinggi institut, Pengajar dan Pelatih dikoordinasikan oleh Jawatan Kuasa dibentuk, kami berjaya MEMBANGUNKAN SISTEM LMS KAMI SENDIRI YANG DILETAKKAN DI DEDICATED SERVER KHAS LANGGANAN KAMI SENDIRI yang dinamakan iBES. Sehingga hari ini kini seramai 3534 user telah didaftarkan dengan 298 course dikendalikan. Hasilnya tiada lagi lag dan buffering. Satu permulaan HEBAT! tahniah ILKKM SG BULOH.

En Halimi Muhamad Rusli
Ahli Jawatankuasa iBES ILKKM Sg Buloh

Virtual Library kelebihan yang diabaikan

Bismillahirrahmanirrahim

1. Posting kali ini saya cuba lagi berkongsi bagaimana menggunakan Virtual Library yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia kepada semua anggota mereka.

2. Sebelum kita menggunakannya kita perlu faham apakah yang dimaksudkan dengan Artikel, Jurnal dan Database.

3. Artikel adalah paper yang dihasilkan oleh scholar yang mengfokuskan topik-topik tertentu secara sistematik. Ringkasan kajian dan dapatan dikongsikan untuk tujuan akademik. Dalam artikel bukan sahaja method dilaporkan, keputusan dan perbincangan juga disertakan disamping disokong oleh dapatan kajian lain yang wajib dilaporkan dalam senarai rujukan. Tebal artikel pula hanyalah sehingga 10-20 helai sahaja.

4. Journal pula adalah himpunan artikel secara bertema. Journal diterbitkan secara berkala dan perlu direview oleh beberapa orang reviewer yang dilantik sama ada secara terang atau blinded. Biasanya akan mengambil masa dan ada juga memerlukan bayaran. Journal yang didapati di atas talian juga boleh diakses secara percuma ataupun berbayar. Terdapat juga jurnal diterbitkan secara bercetak. Journal kebiasaan dikelaskan kepada jenis berimpak. Tren sekarang ini juga bercakap mengenai scopus indeks. Saya cuba kongsikan nanti mengenai ini.

5. Database secara ringkas yang dapat saya berkongsi adalah ia mengandungi gabungan Jurnal-Jurnal yang diterbitkan. Kebanyakan database diterbitkan secara atas talian (online). Banyak database yang didapati dalam talian boleh didapati secara percuma atau ada yang perlu dilanggan. Satu lagi kelebihan kalau kita menggunakan database yang di langgan ini, adalah peluang untuk mendapatkan artikel yang dikehendaki adalah tinggi. Selain itu kita juga boleh mengelakkan daripada jurnal palsu yang juga terdapat di internet.

6. Bagi meggunakan virtual libarary yang disediakan KKM, anda perlulah login di laman web http://vlib.moh.gov.my/cms/index.jsp

7. Setelah itu anda haruslah mempunyai username dan password, bagi kakitangan atau pelatih ILKKM Sg Buloh, anda perlulah menghubungi pihak perpustakaan bagi mendapatkan maklumat berkenaan. Ataupun boleh menghantar email kepada admin (bmskskbsb@gmail.com) dan saya akan bantu anda mendapatkan maklumat berkenaan. Saya pun dapatkannya melalui pustakawan kita. Dan ianya pastinya percuma. Pilihan lain anda bolehlah wasap saya di ( https://wa.link/p7a7wc )

8. Sehingga hari ini saya terdapati tujuh Database yang dilanggan oleh KKM seperti AccessMedicine, BibliU, ClinicalKey for Nursing, Emerald Insight, Lawnet.com.my, OVID dan Wiley Oline Library, dan kita boleh mengakses secara percuma bila bila masa setelah log masuk.

9. Setelah anda mengenal pasti database yang berkaitan, seterusnya saya mencadangkan untuk anda menggunakan carian artikel melalui kata kunci yang berkaitan dengan kajian anda, bukan hanya terhad dengan tajuk kajian sahaja. Setelah kita mendapati kajian yang paling hampir dengan kajian kita, maka bolehlah kita menggunakan teknik snow ball pula berdasarkan reference yang dinyatakan.

10. InsyaAllah saya akan berkongsi lagi teknik carian menggunakan kaedah Snowball nanti, yang penting anda semua terutamanya kakitangan dan pelatih KKM WAJIB tahu yang KKM ada melanggan database untuk anda semua, bukan sahaja Database, e-buku dan buletin juga ada, tinggal kita gunakan sahaja, kan, begitulah…

Sagu penuh ruyung, tak pecahkannya manalah dapat hasilnya

En Halimi Muhamad Rusli
Pengajar Unit Sains Komunikasi.

Norma baharu peperiksaan pelatih di ILKKM

Bismillahirahmanirahim

1. Bulan Oktober sudahpun berlalu dan masuk kini bulan November iaitu bulan Peperiksaan. Pada kali ini peperiksaan akhir dijalankan secara atas talian (online)

2. Pelatih dibenarkan untuk menjawab soalan di mana-mana sahaja berada tanpa perlu ke dewan peperiksaan semasa amalan biasa. Inilah norma baharu yang perlu di adaptasi oleh semua pelatih semasa menjalankan latihan

3. Pelatih terlebih dahulu diberikan taklimat dan telah diadakan Pra-ujian, yang mana bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelatih cara yang betul untuk menjawab soalan nanti

4. Jadual peperiksaan telahpun diedarkan kepada pelatih melalui medium komunikasi seperti whatssap dan telegram oleh penyelaras program masing-masing

5. Pada hari peperiksaan pelatih akan sentiasa dipantau kehadiran mereka. Mereka dikehendaki untuk mengisi borang kehadiran yang dalam bentuk Google Form yang diedarkan melalui Google Classroom (GC)

6. Untuk peperiksaan akhir, Bahagian Pengurusan Latihan,BPL telah menetapkan ujian adalah melalui GC. Ini adalah kerana pihak BPL telah melanggan Google Suite bagi meningkatkan keselamatan dan storan yang memadai

7. Soalan dihantar dan pelatih perlu menulis jawapan mereka dalam kertas kajang milik mereka terlebih dahulu

8. Setelah tamat masa ujian pelatih diberikan masa untuk memuat naik jawapan mereka ke GC yang mena pelatih perlu menghantar kertas jawapan mereka dalam format pdf

9. Pelatih telah diajar menggunakan aplikasi camscanner (saya telah berkongsi di post terdahulu klik sini) hanya menggunakan telefon pintar mereka sebagai peranti scanner

10. Kualiti gambar yang dihantar perlulah terbaik, bantuan filter dalam aplikasi ini sangat membantu pelatih menghasilkan file yang jelas dan boleh dibca pemeriksa nanti

11. Pelatih juga perlu menamakan kertas jawapan mereka tersebut mengikut no marik mereka contohnya 0001-2018 (tanpa BPPKP dan sebagainya). Ini akan membantu pemeriksa untuk membuat semakan selepas selesai menanda nanti

12. Pengalaman baru juga bukan sehaja kepada pelatih, juga kepada pengajar juga. Para Pengajar diminta untuk menanda kertas jawapan pelatih yang telah dimuat naik secara atas talian

13. Proses ini sepenuhnya diselaraskan oleh Setiausaha Peperiksaan (SUP) Program masing-masing. SUP seterusnya akan berkongsi folder berkaitan kepada pemeriksa-pemeriksa melalui Google Drive (email gmail diperlukan)

14. Kami pemeriksa perlu melakukan moderasi terlebih dahulu kepada sampel jawapan juga skema jawapan

15. Bagi pemeriksa, kami perlu menggunakan applikasi DocHub. Applikasi Dochub membolehkan pemeriksa menanda kertas jawapan dengan meggunakan konsep “stamping”

16. Bagi kertas yang mempunyai ramai pemeriksa, kami boleh berkongsi “shared” jawapan pelatih namun kami tidak boleh mengakses jawapan yang sama serentak

17. Pengalaman baru ini cukup istimewa, pada awal agak kekok namun bila lama ianya jadi makin mudah dan cepat

“Pengalaman tidak boleh dibeli, cara lama tak semuanya baik, cara baru tak semuanya buruk”

En Halimi Muhamad Rusli,
Pengajar Unit Sains Komunikasi

Menabung menggunakan akaun Maybank2u anda

Bismillahirahmanirahim

1. Pada hari ini saya ingin berkongsi satu tips kewangan yang diberikan percuma di laman web Maybank2u yang mungkin anda semua terlepas pandang yang sangat berguna untuk kita

2. Terlebih dahulu, anda mestilah mempunyai akaun Maybank, dan telah mengaktifkan perkhidmatan Maybank2u online. Kalau tidak salah saya anda perlulah mengaktifkan di ATM untuk kali pertama untuk menggunakan perkhidmatan Maybank2u ini

3. Anda bolehlah log in di laman web Maybank2u ( http://www.maybank2u.com.my/ ), masukkan username, dan sahkan gambar pengenalan diri, dan kata laluan anda

4. Setelah itu, scroll di bahagian bawah dan pilih set goals, pilih kategori yang berkaitan, kemudian setkan jumlah goal yang anda mahu

5. Anda juga boleh tentukan bagaimana cara untuk menambah tabungan anda samada potongan daripada akaun simpanan secara bulanan dan sebagainya. Antara kelebihan lain yang didapati melalui cara ini adalah anda akan boleh menetapkan tarikh potongan secara automatik dari akaun simpanan anda

6. Anda harus mencuba teknik ini kerana ianya percuma dan dapat membantu anda merealisasikan apa jua impian masa depan anda, selamat mencuba

7. Saksikan juga video tutorial di YouTube Channel Sir Halimi (klik di gambar)

YouTube

Sekian,

En Halimi Muhamad Rusli

Applikasi Zoom (video conference app)

Bismillahirahmanirahim

1. Baru-baru ini sekitar bulan April, aplikasi Zoom mula diperkatakan oleh ramai berikutan ianya digunakan secara meluas di sekolah mahupun universiti seluruh dunia. Tidak kurang juga terdapat aduan mengenai keselamatan data individu yang timbul apabila menggunakan aplikasi ini.

zoom-logo

2. Namun begitu sekitar bulan May, pihak Zoom telah meningkatkan langkah keselamatan dengan memperkenalkan meeting password dan ciri lain dalam update terkini mereka. Pada posting ini saya akan berkongsi cara menggunakan aplikasi ini dari perspektif seorang peserta (paricipant).

3. Aplikasi ini memerlukan pengguna memuat turun dahulu aplikasi ke desktop mahupun telefon bimbit masing-masing, walaupun anda sebagai seorang peserta. Ini berbeza dengan aplikasi video conference lain iaitu Google Meet.

4. Setelah anda download, anda memerlukan meeting id yang dikongsi oleh host meeting. Id ini boleh dikongsi melalui email ataupun cara yang paling mudah dengan menyalin pautan meeting dan dihantar melalui medium komunikasi whatssap. Terdapat sedikit perbezaan cara login iaitu memerlukan password jika anda memasukkan secara manual meeting id berbanding password tidak diperlukan bila anda menekan pautan terus dari medium whatsapp.

4. Sebelum anda masuk ke ruang utama meeting, satu paparan video preview akan keluar, di sini anda boleh mencuba audio visual anda dan yang paling menarik bagi saya apabila aplikasi ini memberi anda peluang untuk menggunakan virtual background secara percuma. Melalui cara ini anda tidak perlu lagi memikirkan masalah yang mengganggu persekitaran anda semasa meeting berjalan. Ada beberapa template disediakan, anda boleh pilih.

Screen Shot 2020-06-15 at 3.54.58 PM

5. Setelah anda bersedia, anda boleh masuk ke room meeting bersama peserta lain, ada beberapa features yang disediakan di menu utama iaitu, (butang  mic, butang camera, butang chatbox, butang share screen, butang recording dan butang reaction)

6. Butang mikrofon membolehkan anda untuk mute atau menghidupkan semula microfon apabila perlu, ini akan dapat membantu mengawal keadaan terutamanya apabila melibatkan peserta yang ramai.

7. Butang video pula memberi ruang kepada anda untuk mematikan paparan video bila diperlukan.

8. Butang chat box pula membantu anda untuk berkomunikasi dengan peserta secara tulisan. Semua yang anda kongsikan akan dapat dibaca oleh peserta. Melalui chat box juga anda boleh berkongsi file secara terus dari perlbagai sumber.

9. Butang share screen pula membenarkan host untuk berkogsi screen ataupun whiteboard. Whiteboard membolehkan kita untuk melukis, ataupun menconteng apa jua nota untuk berkongsi dengan semua peserta, agak menarik dan anda harus cuba.

10. Antara kelebihan Zoom meeting ini juga adalah feature Rakaman (record). Walaupun anda menggunakan akaun percuma anda diberikan masa rakaman sehingga 40 minit. Anda boleh menyimpan rakaman meeting tersebut di dalam komputer anda.

11. Butang terakhir yang ada pada Zoom tidak pada Google Meet adalah butang reaction. Dua emoji yang selalu digunakan adalah thumb up dan clap hand. Ini mungkin berguna apabila kita memerlukan feedback segera daripada peserta.

12. Banyak lagi features menarik yang anda perlu cuba terokai, jika diberi pilihan saya lebih cenderung untuk memilih aplikasi Zoom berbanding Google Meet berdasarkan features yang sangat menarik digunakan.

tonton video tutorial lengkap di link di bawah

Selamat Mencuba

En Halimi bin Muhamad Rusli
Pengajar,
Unit Sains Komunikasi,ILKKM Sg Buloh

Aplikasi Google Meet

  1. Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia dalam usaha melaksanakan pembelajaran secara hybrid. Norma baru ini perlu pantas seiring dengan perkembangan dunia teknologi kini
  2. Bagi menyahut seruan itu, satu siri pengenalan Pembelajaran atas talian telah diadakan di ILKKM Sg Buloh. Konsep perkongsian tipa serta pembentangan hasil soal selidik telah membantu merealisasikan misi evolusi ini
  3. Salah satu aplikasi dikongsikan teori dan amali semasa sesi pengenalan sistem hybrid diadakan adalah aplikasi Google Meet
  4. Bagi perkongsian lebih lanjut dapatkan slide ringkas yang disediakan oleh Pengajar Program Sains Perubatan Asas, En Halimi Muhamad Rusli (klik pada gambar)

Google-Meet

Sekian, terima kasih

En Halimi Muhamad Rusli
Pengajar, Program Sains Perubatan Asas

Google Classroom -part3

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

1. Posting kali ini saya akan berkongsi mengenai Google Classroom daripada perspektif saya. Saya baru pertama kali diperkenalkan semasa kursus Inovasi dalam pengajaran yang diadakan tempoh hari. Secara keseluruhannya saya berpendapat platform ini adalah sama dengan platform EDMODO. Maybe kelebihan Google Classroom adalah bagi analisa keputusan lebih mudah dengan dibantu banyak platform sokongan yang disambung dengan google akaun. Dan juga Google Classroom ini security lebih terjamin sesuai untuk Universti atau kolej dengan melanggan G-suite account, manakala EDMODO platform percuma tiada keselamatan dijamin.

gc1

2. Bagi memulakan plaform Google Classroom ini anda perlulah mempunyai google akaun sendiri, so saya nasihatkan untuk membuat akaun baru kerana banyak notifikasi yang akan dihantar ke email nanti mungkin boleh memeningkan kepala anda. Jika tidak kisah go on sahaja. Malu apa bosku

3. Google Classroom membolehkan anda berfungsi sebagai guru di alam maya. Anda boleh menjemput rakan anda menjadi guru bersama bagi classroom anda. Selepas anda membuat classroom anda bolehlah menjemput pelajar anda dengan men’generate’ class code. Kongsikan kod berkenaan dan pelajar akan masuk secara automatik

4. Anda akan mula menerima notifikasi di inbox bilamana pelajar anda posting sesuatu di classroom tersebut. Anda boleh bayangkan jika pelajar anda 50 orang dan semestinya penuh inbox anda kan.

5. Ruangan wall seperti (FB) dikenali sebagai Stream di Google Classroom. Di stream pelajar atau anda boleh mengepost, membaca, berkomunikasi dengan anda. Semua boleh melihat/membaca komen yang dilontarkan.

6. Tab kedua akan ada ‘Classwork’, ruangan ini adalah senarai tugasan yang anda berikan kepada pelajar, dia akan susun, anda bolehlah menggunakan kreativiti anda untuk memastikan objektif pembelajaran dicapai sepenuhnya.

gc2

7. Banyak platform yang menarik yang ada di atas talian, seperti EDPUZZLE, KAHOOT, QUIZIZZ, PADLET dan banyak lagi. Saya akan kongsikan beberapa platform interaktif yang diajar semasa kursus tempoh hari.

8. Seperti biasa anda boleh memuat naik slide atau pdf atau gambar juga video sebagai assigntment/rujukan untuk pelajar anda. Semua itu akan disenaraikan di ruangan classwork. Jika anda membuat posting secara ‘Scedule’ ianya akan keluar secara hide. Apa yang saya ingin ingatkan anda jika anda terdelete, MIMPI NGERINYA buat masa ini tidak ada feature untuk restore balik assignment yang terdelete tersebut. Hebatkan.

9. Untuk makluman anda juga semua file yang anda upload ataupun pelajar anda hantar akan disimpan dalam google drive akaun google anda, dalam folder baru yang dinamakan classroom

10. Ruangan seterusnya adalah people, ianya lebih kepada rekod senarai nama pensyarah dan pelajar. Jika anda ingin menghantar mesej secara personal, anda boleh klik pada nama dan hantar sahaja. Anda juga boleh mute, atau remove pelajar anda.

gc3

11. Last sekali menu Grades. Di sini anda boleh melihat markah pencapaian keseluruhan pelajar anda, kedudukan pelajar hanya boleh disusun mengikut abjad sahaja.

gc4.jpg

12. Itu sahaja perkongsian ringkas saya mengenai Google Classroom. Harap anda akan dapat memperoleh sedikit info dan bersemangat untuk menggunakannya. Jom cuba jika tidak cuba mana tahu hasilnya. Secara kesimpulan apa yang saya dapat kongsikan dapatan postif Google Classroom ini adalah,

i. Pelajar sangat cepat respon
ii. Pelajar tidak segan bertanya soalan
iii. Hasil tugasan sangat kreatif
iv. Memudahkan pemantauan progress dari pejabat sahaja 

Sekian, terima kasih

En Halimi bin Muhamad Rusli
Pengajar Program Sains Perubatan Asas

Microsoft Power Point vs Microsoft Sleepy Point -part 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

1. This post is continued from previous posting about Innovation course I was attending at KL organised by Bahagian Pengurusan Latihan. Instead of lecture on overview in OBE, Dr Khairil also guides us how to produce good Power Point Slide.

2. Is Power Point still relevant? The answer is YES. However, it depends on the lecturer how well you deliver or else how interesting your slides. There are a few things that need to consider producing good power point slides.

3. You may refer to the link below for the detail. Enjoy reading guys. Adios 

dr4

Sekian, terima kasih

En Halimi bin Muhamad Rusli
Pengajar Program Sains Perubatan Asas

Kursus Inovasi Pengajaran ILKKM anjuran BPL -part 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

1. Pada ruangan ini saya ingin kongsikan serba sedikit catatan yang saya perolehi semasa diberi peluang mengikuti kursus Inovasi Pengajaran ILKKM yang diadakan pada 09-11 Julai 2019 di Hotel Summit, KL city, Kuala Lumpur anjuran Bahagian Pengurusan dan Latihan, KKM

dr3

2. Kursus ini dikendalikan oleh 2 orang penceramah jemputan daripada Multimedia Universiti (MMU), iaitu Dr Khairil Imran Ghauth dan juga En Khairi Syazwan Dollmat

3. Kursus 3 hari 2 malam ini bermula dengan pengenalan Outcome Based Education (OBE) oleh Dr Khairil Imran, beliau berkongsi apa yang dipraktikkan oleh MMU bagi mengaplikasikan OBE dalam pengajaran

4. Dr juga berkongsi bagaimana proses OBE dalam pembentukan kokurikulum saya kongsikan slide ceramah Dr yang sangat informatif klik pada gambar untuk slide sepenuhnya

dr1

5. Slide yang paling menarik perhatian saya adalah di bawah, ia menerangkan bagaimana cara menulis CLO dan perlulah berlandaskan BLOOM TAXONAMY

dr2.jpg

6. Pada siri seterusnya pula Dr. menyentuh pula mengenai Blended Learning (slide termasuk link diatas). Perkongsian lagi mengenai bagaimana MMU telah mengaplikasikan dalam pembelajaran disana.

7. Kesimpulannya, ceramah pengenalan mengenai OBE dan Blended Learning ini telah membuka satu dimensi baru kami para Pengajar. Bukan sahaja telah dipraktikan di dalam Negara malah turut diamalkan di Pusat Pengajian tinggi seluruh negara. Dan iainya berjaya! why not us?

Sekian, terima kasih

En Halimi bin Muhamad Rusli
Pengajar Program Sains Perubatan Asas