About bmskskbsb

Ketua Program - En. Mohmad Puad Bin Maon Pengajar - En. Halimi Bin Muhamad Rusli - Pn. Noor Amani Binti Pakhurdin - Pn. Salina Binti Mohd Yunus - Pn. Siti Hajar Binti Sabran - Pn. Norashikin Binti M. Nor Arzmi - Cik. Noralifah Binti Jali - Pn. Norazida Binti Abas

Professional Talk : Outcome Based Education (OBE)

Bismillahirahmanirahim

1. Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) telah mula menggunakan pendekatan OBE dalam sistem latihan bagi semua program. Banyak siri pemahaman telah pun dilaksanakan di peringkat Kebangsaan juga di peringkat institut sendiri

2. Pendekatan OBE adalah merupakan pendekatan yang terkini digunakan hampir kebanyakan sistem pengajian peringkat tinggi seluruh negara. Berdasarkan hasil kajian rintis penerapan nilai OBE dalam sistem ILKKM yang telah dijalankan, satu keputusan yang positif telah dicapai.

3. Sehingga kini semua Program telah menggunakan pendekatan OBE dalam sistem latihan peringkat Diploma. Ini meliputilah pembangunan kurikulum, kaedah pengajaran dan pembelajaran serta penilaian

4. Oleh yang demikian, satu program Professional Talk secara Online telah diilhamkan oleh Ketua Program Sains Perubatan Asas (SPA), En Zulfadli bin Abdul Majid (U48).

5. Program ini telah menggariskan objektif yang tersendiri bagi menghayati lebih lagi pendekatan OBE. Program ini akan melibatkan semua tenaga Pengajar peringkat Diploma, dan juga sesi perkongsian akan disampaikan oleh Pakar OBE di Bahagian Pengurusan Latihan.

Sekian terima kasih

En Halimi bin Muhamad Rusli
Ketua Projek Professional Talk OBE

Butang DELETE di IBES yang menyeramkan

Bismillahirrahmanirrahim.

  1. Peralihan semester pada pertengahan tahun tempoh hari memberi pengajaran besar untuk saya. Perasaan teruja menggunakan IBES memandangkan pertama kali menggunakannya membuatkan saya sangat suka mencuba atau gatal tangan meneroka di seluruh sistem
  2. Saya menemukan satu lohong besar dalam IBES yang bilamana kita ‘terjun’, kita tidak akan mampu kembali lagi
  3. Lohong besar itu adalah butang DELETE. Untuk makluman semua, jika anda telah menekan butang delete, maka anda tidak akan dapat lagi kembali, atau mendapatkan semula file yang di delete
  4. Ini kerana sistem perlu RESTORE secara keseluruhan mungkin. Oleh sebab itu jika anda semua perasan, akan ada tetingkap memohon pengesahan berkali kali sebelum proceed dan juga amaran dipaparkan, sebelum delete sepenuhnya dilaksanakan
  5. Berdasarkan pengalaman juga, ada juga kalangan teacher yang menghubungi saya untuk membantu mendapatkan semula Assignment, File, Kuiz yang telah di delete, namun saya gagal mendapatkannya
  6. Oleh itu, saya mengambil kesempatan ini untuk menasihati semua Teacher ataupun Student untuk berhati hati sebelum menghapuskan mana mana tugasan

Pengalaman ini sungguh menyeramkan

En Halimi Muhamad Rusli
Pengajar Unit Sains Komunkasi,
ILKKM Sg Buloh

Virtual Library SPA

1.BismillahirrahmanirrahimProgram Sains Perubatan Asas (SPA) telah berjaya membangunkan koleksi bahan bacaan elektronik atau Virtual Library program tersendiri.

2. Bahan bacaan ini adalah dihasilkan sendiri oleh para Pengajar Program SPA. Hasil tulisan mereka dibukukan dan dikongsikan kepada umum secara percuma sahaja.

3. Idea untuk membangunkan virtual library ini adalah cetusan idea daripada Tuan Pengarah sendiri. Kejayaan ini teleh mendapat pujian oleh tuan Pengarah dalam posting di FB peribadi bilik pengarah.

4. Sejak dibangunkan pada awal JUN, virtual library SPA pada hari ini telah mempunyai sebanyak 20 buah buku pelbagai genre.

5. Para Pengajar dilihat sangat kreatif dengan mempelbagaikan persembahan dalam bahan penulisan mereka untuk nampak lebih menarik.

6. Sokongan daripada semua amatlah diperlukan untuk memastikan kesinambungan virtual library SPA ini.

7. Capaian kepada virtual libary SPA adalah di link di bawah

http://bit.ly/spaelibrary

http://bit.ly/spaelibrary

http://bit.ly/spaelibrary

8. Bagi pihak Program, kami yakin dan percaya, perkongsian sebegini akan diteruskan. Semoga bermanfaat.

Sekian terima kasih,


En Halimi Muhamad Rusli,

Pengajar Unit Sains Komunikasi

iBES.ilkkmsb.edu.my : Permulaan yang Hebat

Bismillahirrahmaanirrahim

1. Mac 2020 adalah tarikh yang menjadi turning point dalam Pengajaran dan Pembelajaran di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia, Sungai Buloh, Selangor, MALAYSIA. Arahan mengosongkan bangunan asrama telah dikeluarkan, menyebabkan semua pelatih diarahkan pulang bagi persiapan arahan Peraturan Kawalan Pergerakan 1.0. (PKP)

2. Pelatih dan Pengajar dilarang untuk berada dikawasan Kolej bagi mematuhi arahan kerajaan ini. Arahan ini telah menyebabkan sesi Pengajaran dan Pembelajaran ditangguhkan. Selama ini sesi hanya diadakan secara bersemuka iaitu bermula jam 8 pagi sehingga 6 petang, dari Isnin hingga Jumaat.

3. Menyedari halangan ini, banyak cadangan dan kajian dijalankan untuk mengimbangi semula sesi pengajaran yang dilihat tergantung. Kaedah pembelajaran Hybrid diperkenalkan. Garis panduan juga disediakan oleh Bahagian Pengurusan Latihan, Putrajaya. Penggunaan teknologi di terokai dan penyesuaian perlu dilakukan dengan segera.

4. Borang soal selidik diedar kepada Pelatih dan Pengajar, data-data ini dikumpulkan dan dianalisa oleh kumpulan Pengajar secara sukarela yang tampil kedepan. Hasil dapatan kajian dikongsikan dalam siri bengkel khas. Bukan sahaja membentangkan nombor dan rajah, slot perkongsian penggunaan perisian dalam talian juga disampaikan. Semua bersemangat berkongsi. Ini satu kelebihan yang ada pada institut ini. Saya perlu akui.

5. Saya masih ingat, ada yang berkongsi cara mengendalikan google meet, overview of hybrid learning, cara menggunakan youtube, cisco webex, zoom, google classroom dan banyak lagi. Pengajar-pengajar ini tampil untuk berkongsi tips dan langkah untuk kepelbagaian bagi memastikan sistem pembelajaran dapat berjalan.

6. Satu semester berlalu (Julai- Disember 2020), ILKKM Sg Buloh menggunakan Google Classroom sebagai LMS utama kebanyakannya (baca semua program). Dari class management, penyampaian kuliah, ujian pertengahan semeter hingga ke ujian akhir semester. Kami menanda kertas jawapan pelatih juga menggunakan kaedah DOCHUB (stamping)

7. Tahun baru, azam baru, tekad baru, budaya baru, kami tekad bersatu, untuk melangkah setapak lagi dengan mengambil model universiti, politeknik, IPTA dan IPTS, pusat pegajian dalam dan luar negara, maka kami membuat kertas cadangan kepada pengurusan untuk memperkenalkan iBES.

8. iBES di wujudkan pada awal dengan berkongsi hosting (shared hosting) dengan menggunakan domain sendiri iaitu ilkkmsb.edu.my. Alhamdulillah dipermudahkan untuk mendapatkan domain edu.my ini juga mempunyai cerita tersendiri. Setelah dicuba hampir sebulan, shared hosting mempunyai halangan bila ramai user serentak. Menjadi perlahan, kami mula resah dan mahu terus mengatasi.

9. Kami membuat keputusan setelah berbincang dengan pegurusan, maka direstukan kaedah sistem wakaf/ sumbangan diperkenalkan. Kami mensasarkan mempunyai server yang tersendiri (dedicated server) yang kami tahu kos agak tinggi mencecah 10k-15k untuk sewaan setahun. Kami bulatkan kata, berserah dan memberi kefahaman kepada semua Pengajar dan Pelatih mengenai keperluan untuk melanggan dedicated server ini.

10. Awal januari 2021, kami dengan rasa bangganya, hasil kerjasama sokongan yang mantap dari semua pihak bermula Pengurusan Tertinggi institut, Pengajar dan Pelatih dikoordinasikan oleh Jawatan Kuasa dibentuk, kami berjaya MEMBANGUNKAN SISTEM LMS KAMI SENDIRI YANG DILETAKKAN DI DEDICATED SERVER KHAS LANGGANAN KAMI SENDIRI yang dinamakan iBES. Sehingga hari ini kini seramai 3534 user telah didaftarkan dengan 298 course dikendalikan. Hasilnya tiada lagi lag dan buffering. Satu permulaan HEBAT! tahniah ILKKM SG BULOH.

En Halimi Muhamad Rusli
Ahli Jawatankuasa iBES ILKKM Sg Buloh

Virtual Library kelebihan yang diabaikan

Bismillahirrahmanirrahim

1. Posting kali ini saya cuba lagi berkongsi bagaimana menggunakan Virtual Library yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia kepada semua anggota mereka.

2. Sebelum kita menggunakannya kita perlu faham apakah yang dimaksudkan dengan Artikel, Jurnal dan Database.

3. Artikel adalah paper yang dihasilkan oleh scholar yang mengfokuskan topik-topik tertentu secara sistematik. Ringkasan kajian dan dapatan dikongsikan untuk tujuan akademik. Dalam artikel bukan sahaja method dilaporkan, keputusan dan perbincangan juga disertakan disamping disokong oleh dapatan kajian lain yang wajib dilaporkan dalam senarai rujukan. Tebal artikel pula hanyalah sehingga 10-20 helai sahaja.

4. Journal pula adalah himpunan artikel secara bertema. Journal diterbitkan secara berkala dan perlu direview oleh beberapa orang reviewer yang dilantik sama ada secara terang atau blinded. Biasanya akan mengambil masa dan ada juga memerlukan bayaran. Journal yang didapati di atas talian juga boleh diakses secara percuma ataupun berbayar. Terdapat juga jurnal diterbitkan secara bercetak. Journal kebiasaan dikelaskan kepada jenis berimpak. Tren sekarang ini juga bercakap mengenai scopus indeks. Saya cuba kongsikan nanti mengenai ini.

5. Database secara ringkas yang dapat saya berkongsi adalah ia mengandungi gabungan Jurnal-Jurnal yang diterbitkan. Kebanyakan database diterbitkan secara atas talian (online). Banyak database yang didapati dalam talian boleh didapati secara percuma atau ada yang perlu dilanggan. Satu lagi kelebihan kalau kita menggunakan database yang di langgan ini, adalah peluang untuk mendapatkan artikel yang dikehendaki adalah tinggi. Selain itu kita juga boleh mengelakkan daripada jurnal palsu yang juga terdapat di internet.

6. Bagi meggunakan virtual libarary yang disediakan KKM, anda perlulah login di laman web http://vlib.moh.gov.my/cms/index.jsp

7. Setelah itu anda haruslah mempunyai username dan password, bagi kakitangan atau pelatih ILKKM Sg Buloh, anda perlulah menghubungi pihak perpustakaan bagi mendapatkan maklumat berkenaan. Ataupun boleh menghantar email kepada admin (bmskskbsb@gmail.com) dan saya akan bantu anda mendapatkan maklumat berkenaan. Saya pun dapatkannya melalui pustakawan kita. Dan ianya pastinya percuma. Pilihan lain anda bolehlah wasap saya di ( https://wa.link/p7a7wc )

8. Sehingga hari ini saya terdapati tujuh Database yang dilanggan oleh KKM seperti AccessMedicine, BibliU, ClinicalKey for Nursing, Emerald Insight, Lawnet.com.my, OVID dan Wiley Oline Library, dan kita boleh mengakses secara percuma bila bila masa setelah log masuk.

9. Setelah anda mengenal pasti database yang berkaitan, seterusnya saya mencadangkan untuk anda menggunakan carian artikel melalui kata kunci yang berkaitan dengan kajian anda, bukan hanya terhad dengan tajuk kajian sahaja. Setelah kita mendapati kajian yang paling hampir dengan kajian kita, maka bolehlah kita menggunakan teknik snow ball pula berdasarkan reference yang dinyatakan.

10. InsyaAllah saya akan berkongsi lagi teknik carian menggunakan kaedah Snowball nanti, yang penting anda semua terutamanya kakitangan dan pelatih KKM WAJIB tahu yang KKM ada melanggan database untuk anda semua, bukan sahaja Database, e-buku dan buletin juga ada, tinggal kita gunakan sahaja, kan, begitulah…

Sagu penuh ruyung, tak pecahkannya manalah dapat hasilnya

En Halimi Muhamad Rusli
Pengajar Unit Sains Komunikasi.

Norma baharu peperiksaan pelatih di ILKKM

Bismillahirahmanirahim

1. Bulan Oktober sudahpun berlalu dan masuk kini bulan November iaitu bulan Peperiksaan. Pada kali ini peperiksaan akhir dijalankan secara atas talian (online)

2. Pelatih dibenarkan untuk menjawab soalan di mana-mana sahaja berada tanpa perlu ke dewan peperiksaan semasa amalan biasa. Inilah norma baharu yang perlu di adaptasi oleh semua pelatih semasa menjalankan latihan

3. Pelatih terlebih dahulu diberikan taklimat dan telah diadakan Pra-ujian, yang mana bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelatih cara yang betul untuk menjawab soalan nanti

4. Jadual peperiksaan telahpun diedarkan kepada pelatih melalui medium komunikasi seperti whatssap dan telegram oleh penyelaras program masing-masing

5. Pada hari peperiksaan pelatih akan sentiasa dipantau kehadiran mereka. Mereka dikehendaki untuk mengisi borang kehadiran yang dalam bentuk Google Form yang diedarkan melalui Google Classroom (GC)

6. Untuk peperiksaan akhir, Bahagian Pengurusan Latihan,BPL telah menetapkan ujian adalah melalui GC. Ini adalah kerana pihak BPL telah melanggan Google Suite bagi meningkatkan keselamatan dan storan yang memadai

7. Soalan dihantar dan pelatih perlu menulis jawapan mereka dalam kertas kajang milik mereka terlebih dahulu

8. Setelah tamat masa ujian pelatih diberikan masa untuk memuat naik jawapan mereka ke GC yang mena pelatih perlu menghantar kertas jawapan mereka dalam format pdf

9. Pelatih telah diajar menggunakan aplikasi camscanner (saya telah berkongsi di post terdahulu klik sini) hanya menggunakan telefon pintar mereka sebagai peranti scanner

10. Kualiti gambar yang dihantar perlulah terbaik, bantuan filter dalam aplikasi ini sangat membantu pelatih menghasilkan file yang jelas dan boleh dibca pemeriksa nanti

11. Pelatih juga perlu menamakan kertas jawapan mereka tersebut mengikut no marik mereka contohnya 0001-2018 (tanpa BPPKP dan sebagainya). Ini akan membantu pemeriksa untuk membuat semakan selepas selesai menanda nanti

12. Pengalaman baru juga bukan sehaja kepada pelatih, juga kepada pengajar juga. Para Pengajar diminta untuk menanda kertas jawapan pelatih yang telah dimuat naik secara atas talian

13. Proses ini sepenuhnya diselaraskan oleh Setiausaha Peperiksaan (SUP) Program masing-masing. SUP seterusnya akan berkongsi folder berkaitan kepada pemeriksa-pemeriksa melalui Google Drive (email gmail diperlukan)

14. Kami pemeriksa perlu melakukan moderasi terlebih dahulu kepada sampel jawapan juga skema jawapan

15. Bagi pemeriksa, kami perlu menggunakan applikasi DocHub. Applikasi Dochub membolehkan pemeriksa menanda kertas jawapan dengan meggunakan konsep “stamping”

16. Bagi kertas yang mempunyai ramai pemeriksa, kami boleh berkongsi “shared” jawapan pelatih namun kami tidak boleh mengakses jawapan yang sama serentak

17. Pengalaman baru ini cukup istimewa, pada awal agak kekok namun bila lama ianya jadi makin mudah dan cepat

“Pengalaman tidak boleh dibeli, cara lama tak semuanya baik, cara baru tak semuanya buruk”

En Halimi Muhamad Rusli,
Pengajar Unit Sains Komunikasi

Menabung menggunakan akaun Maybank2u anda

Bismillahirahmanirahim

1. Pada hari ini saya ingin berkongsi satu tips kewangan yang diberikan percuma di laman web Maybank2u yang mungkin anda semua terlepas pandang yang sangat berguna untuk kita

2. Terlebih dahulu, anda mestilah mempunyai akaun Maybank, dan telah mengaktifkan perkhidmatan Maybank2u online. Kalau tidak salah saya anda perlulah mengaktifkan di ATM untuk kali pertama untuk menggunakan perkhidmatan Maybank2u ini

3. Anda bolehlah log in di laman web Maybank2u ( http://www.maybank2u.com.my/ ), masukkan username, dan sahkan gambar pengenalan diri, dan kata laluan anda

4. Setelah itu, scroll di bahagian bawah dan pilih set goals, pilih kategori yang berkaitan, kemudian setkan jumlah goal yang anda mahu

5. Anda juga boleh tentukan bagaimana cara untuk menambah tabungan anda samada potongan daripada akaun simpanan secara bulanan dan sebagainya. Antara kelebihan lain yang didapati melalui cara ini adalah anda akan boleh menetapkan tarikh potongan secara automatik dari akaun simpanan anda

6. Anda harus mencuba teknik ini kerana ianya percuma dan dapat membantu anda merealisasikan apa jua impian masa depan anda, selamat mencuba

7. Saksikan juga video tutorial di YouTube Channel Sir Halimi (klik di gambar)

YouTube

Sekian,

En Halimi Muhamad Rusli

Applikasi Zoom (video conference app)

Bismillahirahmanirahim

1. Baru-baru ini sekitar bulan April, aplikasi Zoom mula diperkatakan oleh ramai berikutan ianya digunakan secara meluas di sekolah mahupun universiti seluruh dunia. Tidak kurang juga terdapat aduan mengenai keselamatan data individu yang timbul apabila menggunakan aplikasi ini.

zoom-logo

2. Namun begitu sekitar bulan May, pihak Zoom telah meningkatkan langkah keselamatan dengan memperkenalkan meeting password dan ciri lain dalam update terkini mereka. Pada posting ini saya akan berkongsi cara menggunakan aplikasi ini dari perspektif seorang peserta (paricipant).

3. Aplikasi ini memerlukan pengguna memuat turun dahulu aplikasi ke desktop mahupun telefon bimbit masing-masing, walaupun anda sebagai seorang peserta. Ini berbeza dengan aplikasi video conference lain iaitu Google Meet.

4. Setelah anda download, anda memerlukan meeting id yang dikongsi oleh host meeting. Id ini boleh dikongsi melalui email ataupun cara yang paling mudah dengan menyalin pautan meeting dan dihantar melalui medium komunikasi whatssap. Terdapat sedikit perbezaan cara login iaitu memerlukan password jika anda memasukkan secara manual meeting id berbanding password tidak diperlukan bila anda menekan pautan terus dari medium whatsapp.

4. Sebelum anda masuk ke ruang utama meeting, satu paparan video preview akan keluar, di sini anda boleh mencuba audio visual anda dan yang paling menarik bagi saya apabila aplikasi ini memberi anda peluang untuk menggunakan virtual background secara percuma. Melalui cara ini anda tidak perlu lagi memikirkan masalah yang mengganggu persekitaran anda semasa meeting berjalan. Ada beberapa template disediakan, anda boleh pilih.

Screen Shot 2020-06-15 at 3.54.58 PM

5. Setelah anda bersedia, anda boleh masuk ke room meeting bersama peserta lain, ada beberapa features yang disediakan di menu utama iaitu, (butang  mic, butang camera, butang chatbox, butang share screen, butang recording dan butang reaction)

6. Butang mikrofon membolehkan anda untuk mute atau menghidupkan semula microfon apabila perlu, ini akan dapat membantu mengawal keadaan terutamanya apabila melibatkan peserta yang ramai.

7. Butang video pula memberi ruang kepada anda untuk mematikan paparan video bila diperlukan.

8. Butang chat box pula membantu anda untuk berkomunikasi dengan peserta secara tulisan. Semua yang anda kongsikan akan dapat dibaca oleh peserta. Melalui chat box juga anda boleh berkongsi file secara terus dari perlbagai sumber.

9. Butang share screen pula membenarkan host untuk berkogsi screen ataupun whiteboard. Whiteboard membolehkan kita untuk melukis, ataupun menconteng apa jua nota untuk berkongsi dengan semua peserta, agak menarik dan anda harus cuba.

10. Antara kelebihan Zoom meeting ini juga adalah feature Rakaman (record). Walaupun anda menggunakan akaun percuma anda diberikan masa rakaman sehingga 40 minit. Anda boleh menyimpan rakaman meeting tersebut di dalam komputer anda.

11. Butang terakhir yang ada pada Zoom tidak pada Google Meet adalah butang reaction. Dua emoji yang selalu digunakan adalah thumb up dan clap hand. Ini mungkin berguna apabila kita memerlukan feedback segera daripada peserta.

12. Banyak lagi features menarik yang anda perlu cuba terokai, jika diberi pilihan saya lebih cenderung untuk memilih aplikasi Zoom berbanding Google Meet berdasarkan features yang sangat menarik digunakan.

tonton video tutorial lengkap di link di bawah

Selamat Mencuba

En Halimi bin Muhamad Rusli
Pengajar,
Unit Sains Komunikasi,ILKKM Sg Buloh

Aplikasi Google Meet

  1. Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia dalam usaha melaksanakan pembelajaran secara hybrid. Norma baru ini perlu pantas seiring dengan perkembangan dunia teknologi kini
  2. Bagi menyahut seruan itu, satu siri pengenalan Pembelajaran atas talian telah diadakan di ILKKM Sg Buloh. Konsep perkongsian tipa serta pembentangan hasil soal selidik telah membantu merealisasikan misi evolusi ini
  3. Salah satu aplikasi dikongsikan teori dan amali semasa sesi pengenalan sistem hybrid diadakan adalah aplikasi Google Meet
  4. Bagi perkongsian lebih lanjut dapatkan slide ringkas yang disediakan oleh Pengajar Program Sains Perubatan Asas, En Halimi Muhamad Rusli (klik pada gambar)

Google-Meet

Sekian, terima kasih

En Halimi Muhamad Rusli
Pengajar, Program Sains Perubatan Asas